Levered

Official Blogs| Recognized Contibutor XDA Developers

Celcom LTE VS Celcom Frenz

422-199-entrybanner_4glte,0

Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia, ramai pengguna telefon bimbit mula berpindah ke servis talian telefon bimbit yang baru. Jenama Celcom terus gah dalam industri servis talian telefon di negara kita, dimulakan dengan pengenalan Celcom 1Malaysia untuk pengguna di Pantai Timur dan tidak asing juga Celcom Frenz turut terima tempiasnya.

Penjual -penjual tidak kira dari golongan pelajar IPTA dan lain-lain, simkad yang popular sejak-sejak ini mendapat permintaan hangat ibarat pisang goreng di jual ditepi jalan. Saya juga turut serta dalam kerancakan perniagaan ini disamping menggunakannya. Pada mulanya, saya tertarik dengan Celcom Frenz yang mula ditawarkan dengan harga jualan RM30 untuk satu simkad. Pada bulan pertama, saya harus membuat langganan RM28 sebulan tetapi kerana terlalu popular, Celcom turut mengubah harga bulanan daripada RM28 sebulan ke RM38 sebulan.

Walaupun begitu, Celcom Frenz mempunyai kelajuan sehingga 7Mbps (HSPA+) dan data penggunaan adalah 1.5 GB (tetapi saya telah mengguna lebih daripada itu). Bagi saya, amat berbaloi walaupun berada di dalam kampung atau jauh daripada kawasan bandar yang mempunyai signal H+. Kelajuan amat memeranjatkan saya kerana kelajuan muat turun sesuatu fail secara puratanya sehingga ( 6++kb/s) yang dapat mengalahkan kelajuan Streamyx dirumah saya yang hanya purata (150kb/s). Tidak mengecewakan saya untuk memuat turun fail-fail yang sepatutnya dimuat turun untuk kegunaan kerja saya. Tetapi kelajuan muat naik amat mengecewakan kerana hanya boleh mencecah tidak kurang dari 100Kb/s yang sama kelajuan dengan Streamyx.

Rentetan senario itu, walaupun saya hanya dapat menggunakan servis Celcom Frenz hanya tidak kurang dari 3 bulan (akibat dihalang penggunaan dari Celcom) pada minggu lepas. Saya tertarik dengan tawaran-tawaran daripada pembekal saya iaitu Celcom 1Malaysia edisi (4G) hanya perlu dibeli dengan harga RM28 sekeping ( RM25 sebulan). Justifikasinya, telefon bimbit saya iaitu Sony Xperia SP juga turut menyokong talian 4G. Saya cuba menguji kelajuannya, adakah sama seperti Celcom Frenz?, rupanya tidak seperti saya jangkakan. Kelajuan pada tahap H+ (HSPA+) hanya seperti kelajuan biasa Celcom pada puratanya (150kb/s) dan kelajuan muat naik hanyalah sehingga 120 kb/s. Sangat menghampakan walaupun berada di kawasan yang sama dengan menggunakan Celcom Frenz. Tambahan pula, kouta data pula hanya sehingga 1GB sahaja tidak seperti Celcom Frenz walaupun hanya dikatakan 1.5Gb tetapi saya boleh mendapatkan lebih daripada itu. Justeru itu, dengan nawaitu diri yang membuak-buak untuk menguji kelajuan 4G, saya ke bandar untuk turut merasai kelajuannya. Wow, amat teruja dibuatnya, kelajuan muat naik sesuatu fail boleh mencecah 19Mbps (1.1Mb/s) dan muat naik sehingga 20Mbps (1.8Mb/s). Natijahnya, adakah saya perlu ke bandar setiap masa untuk merasainya kelajuannya?

1922655_717190211646752_1700183083_n

 Kelajuan 4G dari Celcom 1Malaysia

Konklusinya, jika dibandingkan kedua-dua servis ini. Bagi saya Celcom Frenz  amatlah berbaloi walaupun agak sedikit mahal langgan bulanannya tetapi anda dapat menjimatkan minyak kereta dan masa anda untuk ke bandar jika dibandingkan  menggunakan Celcom 1Malaysia untuk merasai kelajuan 4G daripada Celcom semata-mata.

Apa pula pandangan anda pula?

Pilihan anda?
(polls)

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Februari 17, 2014 by in Malaysia.
%d bloggers like this: